photo header.png
#TDairich
Convert/revert to Islam 2
Thursday 14 August 2014 | 22:55 | 0word(s)
Assalamualaikum wbt.

syukran jazilan kerana diberi peluang untuk menyambung kisah sahabatku.

'AKU NAIK SAKSI TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH, DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH'

Ringkas, padat, dan memberi makna yang besar buat seorang mualaf. ALHAMDULILLAH... Linda, nama sebenarnya Haslinda(tak ubah nama) telah berjaya masuk ke alam baru. Alam yang penuh cahaya, penuh barakah, nak nak lagi dibulan Ramadhan. Linda dah lama masuk Islam, tapi aku baru buat entri ni. Lama tu taklah lama. Dalam bulan Ramadan ni jugak.

Ingat tak tragedi MH17? Masih segar dalam ingatankan? 'MH17' tu bagai sebuah kebetulan buat aku, Linda, dan penduduk Malaysia semua. Satu tarikh keramat.

Apa yang ada pada 'MH17'?

Linda masuk Islam pada 17/7/2014.
MH17 jatuh pada malam 17/7/2014, malam Jumaat.
MH17, nama itu sendiri ada nombor 17, bersamaan tarikh ia berlaku.

Aku tak maksud apa-apa pun. Hanya mereka cipta kebetulan. Rekaan oleh manusia semata-mata. Ingatan buat diri kita semua, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, apa yang termampu untuk kita harungi.

'DARI DIA KITA DATANG DAN KEPADA DIA KITA KEMBALI'

Berbalik pada kisah Linda tadi. Hari tu kami tak sangka pun yang Linda akan mengucap KALIMAH SYAHADAH hasil dari ayat 'lentok' Ustaz Mat. 17/7, hari Khamis. Kami cadang nak jumpa Ustaz Mat sebab ustaz tu nak jumpa Linda. Dah lama sangat tangguh. Karang lagi ditangguh, lagi menimbun pula dosa aku. Tapi bukan sengaja, serius sibuk dengan kelas, dari pagi sampai malam. Tu belum kisah pasal assignment lagi.

Sebelum ni kami dah pergi(minggu lepas, hari yang sama), tapi tak terus cari Ustaz Mat. sebab nak jumpa Ustaz Izlan dulu. tapi Ustaz Izlan tak ada, tak masuk PI lagi katanya. Kami tunggu punya tunggu, tak datang-datang jugak. Sudahnya kami balik. Cancel...

Minggu depannya, 17/7, kami ke PI. Ustaz Izlan kata terus je jumpa ustaz Mat. Kami kata OK. sebelum masuk PI, Linda macam takut-takut. Aku pulak segan-segan sebab minggu lepas datang, lepas tu balik. Hahaha. Ngade ngade je. Ingat muka kita pun tak. :P

Seperti biasa, aku jalan dihadapan Linda dulu. Im always no.1. cewaaah! Jumpa sis sis yang jaga kaunter tu.

"Ustaz Mat ada tak?"
"Ada. Kenapa ya?"
"Ustaz Mat nak jumpa Linda...yang non-muslim tu." (macam ni lah kut ayat aku)
"Ohh... ada kat dalam. Belakang ni." sis tu tunjuk pintu bilik/pejabat Ustaz Mat.

Aku dengan Linda pun masuk. Mujur sis tu cakap 'ohh'. Kalau tak, aku terpinga-pinga nak explain, dia lagilah terpinga-pinga sebab clueless apa aku cakap.

"Assalamualaikum. Ustaz Mat?"
"Ya saya."
"Ustaz kata nak jumpa Linda..."
Ustaz Mat diam kejap. "Ohh... Linda ya? Masuk, masuk. Duduk."

Aku pun fuhh... mujur kenal. Aku selalu macam tu... sebelum buat sesuatu mesti fikir bukan-bukan. Macam mana kalau Ustaz Mat tak kenal? Malu je...

Masa pun berjalan... aku hanya jadi pendengar jelah. Sebab ustaz banyak tanya pada Linda.

"Apa yang awak risau kalau masuk Islam ni?"
Linda senyum "Mak je. Dia risau kalau lepas Linda dah masuk Islam, Linda tak amalkan apa yang patut dalam Islam."

Ustaz tambah lagi lepas tu, kalau kita masuk Islam tanpa pengetahuan ibu bapa kita, kita bukan anak derhaka.

I was like... 'ohhh'. Itu yang aku confius sebenarnya. Aku cakap pada Linda, setiap perkara yang kita buat, kita tak boleh belakangkan keluarga kita. Tapi kes Linda ni lain rupanya...

Ustaz cakap dan cakap... seolah-olah memprovok secara lembut dan halus Linda. Bukan memaksa ya. Dalam Islam banyak main psikologi sebenarnya. Inilah salah satunya, mainan psikologi. Tapi bukan buat benda tak elok. Sekali lagi ditekankan. No Pressure!

At last, Linda setuju! Setuju menjadi saudara seIslamku. Alhamdulillah...

"Ash ha du Allah ila ha illallah. Wa ash ha du anna muhammadur rasulullah... Aku nak saksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." (correct me if I wrong)

Mengucap dua kalimah syahadah...



Selesai mengucap ^_^




Happy sangat ke? Hihihi


Ustaz Mat yang berjaya mencairkan Linda :P

Ustaz Mat kata lagi, mungkin ustaz-ustaz sebelum ni bercakap macam push Linda. Jadi Ustaz Mat guna ayat lentok, and he did it. Linda did it. We did it. May Allah always bring us to His way. Oh Allah, don't let us astray from the right way. Help me and Linda as well to get your bless in our daily life. In sha Allah...

[sesungguhnya dialog diatas tidak original 100%, tapi pointnya 80% boleh dipercayai]







Convert/Revert To Islam 1
Thursday 12 June 2014 | 23:07 | 0word(s)
Alhamdulillah... seorang lagi hamba Allah telah terbuka hati utuk memeluk Islam. Sesungguhnya hidayah Allah itu sangat istimewa, sangat mahal, dan hanya orang terpilih dapat merasainya. Aku sendiri yang dalam proses ingin berubah juga telah mendapat hidayah dariNya. Setiap manusia diberi peluang kedua, ketiga, dan seterusnya. Tiada istilah 'tiada peluang kedua' jika bukan kehendakNya. Hidup ini di bawah aturan Allah Azza Wa Jalla.

Seorang kawan aku, yang bergelar Linda,berbangsa asli, telah menghadiri satu kaunseling di Pusat Islam, UiTM Pulau Pinang. Kami further study di sini. Sebelum kami kesitu, aku ada tanya seorang ustaz kalau-kalau ustaz tu buat kaunseling. Ustaz tu suggest terus ke PI. Sebab disitu semua disediakan - kaunseling hingga mengucap kalimah syahadah. Bantuan juga turut disediakan.

Dua patah perkataan dari mulut ustaz kemudian mengejutkan aku.

"...masuk neraka..."

aku tak berapa faham. Aku tanya kawan sekelas aku yang ada sekali waktu tu. Rupa-rupanya maksud ustaz... Kalau aku lambat-lambatkan proses converting dia, andai ajal dia sampai dalam waktu terdekat dalam keadaan kafir, aku akan masuk neraka. Ustaz tu tak tahu apa yang dia cakap tu betul-betul mengena batang hidung aku.

Nauzubillah Minzalik...

Takutnya aku dengar. Lagi takut bila aku TELAH melambatkan converting dia sepanjang sem 1 yang lepas yakni 6 bulan lebih (sekarang sem 2). Aku lagi pentingkan hal duniawi, hal pelajaranku walhal ada manusia sedang terumbang-ambing mencari ketenangan sebenar dalam hidup. Aku seperti sengaja melambatkannya. Ya Allah... macam manalah aku boleh menangguhkan perkara sepenting itu?

Sem lepas, ada aku minta maaf kat Linda sebab tak dapat kaunseling sem ni. Dia cakap tak apa. Waktu tu aku lega sebab rasa serba salah aku pada Linda aku dah confess and she's okay. But how about Allah? How about my responsible to bring her to the right way as i promised...

Sesungguhnya waktu tu aku tak tahu, aku jahil... tak tahu langsung yang apa yang aku buat ni bakal membawa bala kelak. Ampun diriku Ya Allah...


Antara ustaz-ustaz yang memberi kaunseling
Linda

Kisah ni aku akan sambung untuk kaunseling beliau yang kedua... In Sha Allah...



this is trial
Tuesday 29 April 2014 | 20:52 | 0word(s)
아녕하새요! 샤피갛 입니다.

Stalk Me Here


Find Me At :





#TD

Acknowledge as Tengku Dairich. The exclusive name I created. Its not that i not like my mum's given named to me, its just for fun. Here is my story to the matured life...

UiTMPPian
CHOOT Archieve
» April 2014
» June 2014
» August 2014

ceking ceking!



ALL RIGHT RESERVED | #TDairich